Perkara Ringan yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. - semut masuk makanan pun, main colek keluar gitu jer
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.- sbb tu kena buang air kat toilet bowl je, and cuci pun kat situ.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki kiri dengan tangan kanan.- sepatutnya, masa berwudu' ... kaki kanan, tangan kiri yang sapu and kaki kiri, tangan kanan yang sapu (biar bersilang)
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

p/s: sejauh mana kebenarannya aku tak tau la pulak.. tapi mane yg baik boleh kita usaha utk buat.. kalau yg macam tak logik tuh kene tanye org bijak pandai la yakni org beragama.

                            

Ramadhan..Kau datang lagi..

tahun nih festime pose dgn suami.. rase lain jer..maklumla selama nih buka dgn adik-bradik. sayu ati igt diorg yg jauh di mata. paling hiba bila teringat adik bongsu aku sorang2 kat banting. susah ati bila ingat dia yang selama ni telinga pon aku korek, kene idup independent. tp nak buat camne..dia kene blaja idup susah & senang..masing2 dah besar..kene ader life sendiri

kalau time bulan pose tak sah kalau tak cakap bab makanan... membuak2 rasa nak balik kg sebab kat sini makanan tak berapa kena dgn selera aku.. kecur air liur bila teringat nekbak, lopat tikam, mas sejemput, sata, bubur lambuk, ketupat palas makan dgn gulai ayam kampong...huihhh.. tak tahannn!! kalau teringin sgt terpaksa la tepon makcik2 mintak resepi..kene la buat sendiri.

raya tahun nih pun berbeza gak la.. maklumla dah kawen nih,..kene bahagi2..kang tak adik plak..nasib baik le kg suami tuh dekat jer...hihihih..harap2 raya tahun depan kami akan ber-3. insya allah. baju raya pun takblehla sampai 10 pasang...hehehe kene ingat adik2 yg dah bertambah dan anak sedare.

yang pastinya, aku akan melupakan sume kisah2 idup aku yg pahit pada bulan puasa nih. pandang depan dan nikmati hidup & bahagia bersama suamiku yg cukup sabar dgn karenahku. semoga puasa kita diberkati Allah & dapat berjumpa ramadhan yg akan datang. Insya Allah.

My Wishes...

1. Dapat duk jb bersama-sama dgn suami & buat keje yg aku suka..keje sekrg aku xsuka, biarpon gaji beso tp x work satisfaction. cth keje yg aku suka: buka gerai nasik dagang ke, nurseri ke..buat bisnes yg mana aku bleh handle sendiri.. x perlu tunggu boss punye confirmation..nak jadik boss la maksudnya hehehe

2. honeymoon seminggu di The Datai, Langkawi. aku dh tgk price dia semlm..beribu.. yg aku suka tuh pondok tepi sungai..behnye..bleh mancing, mandi manda, berendam..kt mane aa yg murah sket

3. suamiku sambung blaja kat obersea @ keje kat mane2..blehla aku tumpang 2 kaki cuti unpaid, dah bosan keje

4. resign sama2 pastu balik kampung jadi petani moden, nih suami aku punye idea la, bela kambing @ tanam buah dragon, anggur @ bukak ladang herba

5. nak anak lelaki sedozen..sbb nak buat team bola, anto akademi bola dari kecik tp buleh ke.. kalau branak tiap2 taun bleh la..ehhe larat ke aku..kih kih kih

6. nak beli pinggan correlle & periuk vision

7. nak tanam pokok herba kat blakang rumah mcm serai, kunyit, halia, limau nipis etc tp aku duk apartment...heheh

8. mmmm...cukupla kot..heheh

kenduri kaweng

last week aku balik kg sbb sepupu suami kawen. bila gi kenduri org teringat masa kita kawen dulu. semuanya nak sempurna di mata, kenduri nak panggil semua org, hantaran nak banyak, barang branded, bunga telo nak bagi kat sume org, baju plak nak yg mcm cinderella..kek bertingkat2.. lagi satu belumbe nak duit hantaran beribu..lagi mahal lagi bangga

tapi bila dh kawen nih rase mcm membazir bila menghabiskan duit byk2 masa kawen tuh..sanding la baju french lace la bunga telor mahal2..realitinya duit lagi penting lepas kawen..sebab time tuhla bermulanya hidup sepasang uda & dara melangkah ke dunia baru bersama berdua..bila dipkkan mane nak cekau duit beli perabot, deposit rumah, brg rumahla.. lagila kalau yg bunting pelamin..utk baby yg bakal lahir..kepada sedare mare yg terdekat selalu kutitipkn nasihat atas pengalaman..simpanla duit semasa bujang..majlis tak usah terlalu gah.. cukupla sederhana dr semua segi.. duit simpanan nihla nnt kita guna bila dh terdesak. takkan lepas kawen pun nak mintak duit mak bapak lagi oi! manenye tanggungjawab & 'feel' org berumahtangga..

aku menggeleng kepala bila ade org crite dpt anak 2 pun masih duk bayar duit bank rakyat yg di guna mase kawen..kesian pun ader..tp kalau x buat loan mane nak cari duit..buat loan plak utang keliling pinggang..takkan anak 4 nak duk umah sewa lagi..takkan nak naik kancil lagi..rase beruntung plak siti kawen datuk k..hehehe tp kita x tau kesusahan lain..mungkin kalau laki byk duit dia kaki pompuan..kaki pukul ke..duit byk tp hati x senang,..bagi aku takpela susah sikit bile bab duit asal suamiku hatinya tak bercabang..same2 susah dari awal..insya allah Allah menolong hambaNya yg berusaha..amin

dah ada isi blom?

nihla soalan lazim bila kita dah kawen, bagi aku yg blom lagi berisi nih..ehhehe personally x kisah pon org duk tanye bila lagi nak buat isi.. yelah..dah kawen almost 8 months tp macam duk bercinta lagi..

bila org tanye aku cakap tgh honeymoon lagi, ader gak yg marah sebab katanye fes baby biar cecepat utk make sure sistem peranakan kita betul.. ader yg cakap bagus gak sbb time nihla nak kenal true color pasangan kita..

bagi aku yg kenal suami x sampai 6 bulan..kenal bulan august 2005, tunang lepas raye, jan 2006 kawen..peberet kaler dia pun aku tak tau..majlis pun sume express tp nasib baikla support system aku cukup bagus..famili & kawan2 yg mmg teringin nak tgk aku kawen sbb sblom nih aku cakap tanak kawen hihih

masa nihla aku baru tau dia makan nasik 3 pinggan, tido berdengkur ke..peberet kaler die..dan masa nih gak aku dapat bermanja secukupnya..bahagia rasanya bila dimanja dan dibelai bagai menatang minyak yg penuh..maklumla takde "org ketiga". kami takla merancang tapi lepas kawen aku ambik vaccination hepatitis B dan doc x galakkan pregnant dlm mase 4 @ 5 bulan. tp lepas tuh aku cakap kat husband tunggu ujung taun la..aku tak puas bermanja..

tapi bila tgk baby org bila jalan kat shopping complex tuh rasa nak beranak pulak..camnela nnt rupa anak kami..aku cuma harapkan anak lelaki ramai sebab nak buat team bola lawan MyTeam..kihkihkih

You're Still The One

"When I first saw you, I saw love. and the first time you touched me, I felt love. And after all this time, you're still the one I love"

Looks like we made it
Look how far we've come my baby
We mighta took the long way
We knew we'd get there someday

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong

You're still the one
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

p/s: this  beautiful song is dedicated to my busuk husband, Wan Anuar Wan A. Rahman, lurve u!

Hmmm

testing

this is my first entry.. just wanna say hi to myself